SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Saturday, September 4, 2010

Ifftar jama'ie 2010- (Majlis Berbuka Puasa SKRP 2010)



Pada 2 September 2010, Panitia Pendidikan Islam SK Rantau Panjang, Sibu telah menganjurkan Ifftar Jama'ie 2010 (Majlis Berbuka Puasa SKRP 2010). Kesemua warga sekolah termasuk staf yang bukan beragama Islam menyertai mejlis tersebut.

Program bermula dengan ketibaan murid-murid pada jam 4.30 petang untuk sesi tadarus di ruang solat yang disediakan.






Terpancar di wajah anak-anak akan kegembiraan bertadarus sambil menanti waktu berbuka puasa bersama ibu bapa dan para guru.



Ketibaan ibu bapa serta tetamu jemputan Ustaz Roslan Mat Hassan disambut dengan besar hati oleh Ustaz Mohamad dan Ustaz Abd Rahim serta AJK Protokol , Pn Norlida dan En Ishammudin.











Juadah berbuka puasa disediakan oleh AJK Jamuan dan sumbangan kuih-muih dari ibu bapa pelajar begitu membuka selera.

Selesai berbuka, para hadirin ke ruang solat bagi menunaikan solat fardhu Maghrib, Isya dan solat sunat tarawikh.





Ceramah agama pula disampaikan oleh penceramah jemputan , Ustaz Roslan Mat Hassan dari SMK Teknik Sibu.






Penganjur turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga murid yang kurang berkemampuan bagi meringankan tanggungan sempena menjelang Aidilfitri.


Sehubungan dengan itu juga Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Rantau Panjang, Sibu turut menyampaikan cenderahati bingkisan Hari Raya kepada YDP PIBG, En Yaman b Duwit dan NYDP PIBG , En Wan Sarbini b Wan Ehi.

"Panitia Pendidikan Islam SK Rantau Panjang,Sibu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah dan penceramah jemputan kerana telah bersama-sama menjayakan majlis berbuka puasa 2010. Semoga kita semua akan memperolehi ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh Allah Yang Maha Esa. Jazakallahukhairan kasthira."
- Mohammad b Abdullah