SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Saturday, November 6, 2010

MINGGU KOKURIKULUM

RANTAU PANJANG, 4 November- Aktiviti Minggu Kokurikulum SK Rantau Panjang dijalankan sepanjang minggu bermula 1 November 2010. Semua ahli rumah sukan sudah mula berlatih seawal 2 petang untuk setiap pertandingan yang diadakan.


Pada 2 November jawatan kuasa penganjur Pertandingan Bola Tampar sudah mula membuat persiapan seawal jam 11.30 pagi. Yang paling bersemangat adalah guru-guru yang komited dan berdedikasi dalam bidang masing-masing.

Pertandingan Bola Tampar antara rumah sukan dijalankan secara kalah-mati.Penyokong dan pemain sungguh bersemangat walaupun cuaca panas terik.



Pertandingan peringkat akhir antara Rumah Rosli Dhoby dan Rumah Jugah tiba-tiba dihentikan sementara kerana cuaca yang semakin buruk dengan ribut dan angin kencang.





















Walaubagaimanapun hal ini tidak mematahkan semangat para pemain untuk mengutip mata akhir. Pertandingan Bola Tampar dimenangi oleh Rumah Rosli Dhoby dengan 3 kali kemenangan. Tempat kedua disandang oleh Rumah Jugah dan Tempat ketiga disandang oleh Rumah Rentap .

Pada 3 November pula, Pertandingan Poco-Poco diadakan selepas senamrobik dan poco-robik pada waktu pagi. Gaya lenggok kreatif dan seragam ditunjukkan hasil latihan dan didikan penasihat rumah sukan masing-masing. Pertandingan Poco-Poco dimenangi oleh Pasukan Rumah Rentap, Tempat kedua dimenangi oleh rumah Rosli Dhoby dan tempat ketiga dimenangi oleh rumah Linggir.

Sebaik sahaja tamat pertandingan Poco-poco, sukaneka antara rumah diadakan. Pelbagai acara diadakan termasuklah Bola Terbang, Lompat Katak, Boling Mustahil, Itik Bertelur, Bom Air, Gully-gully Ball dan lari ikat kaki. Memandangkan cuaca sangat panas, acara sukaneka diadakan di bawah makmal komputer. Sukaneka secara keseluruhan pula dimenangi oleh rumah Linggir. Tempat kedua dikongsi oleh Rumah Sharif Masahor dan Rumah Rosli Dhoby. Tempat ketiga dimenangi oleh rumah Jugah dan Tempat keempat disandang oleh Rumah Rentap.

Ramai murid seronok menyertai pertandingan yang diadakan, Tidak kurang juga yang meminta aktiviti seumpama ini diadakan lagi pada masa hadapan.

Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini.