SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Wednesday, December 8, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010

RANTAU PANJANG, 5 NOVEMBER-Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Rantau Panjang telah berjaya menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2010 di SK Rantau Panjang.


Jamuan ini merupakan acara tahunan yang julung kalinya diadakan di sekolah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Antara acara yang diadakan merupakan penyampaian penghargaan kepada warga bukan staf (tukang masak, jaga, kakitangan pembersihan dan tukang kebun), program bertukar hadiah, cabutan bertuah dan masakan 1 malaysia.



Juadah hidangan yang disajikan sememangnya membuka selera. Masakan yang menambat selera temasuklah

Udang lemak cili api dan Ikan bawal masak merah oleh Chef Ishammuudin,

Ayam BBQ dan Steak Kambing oleh Chef John


Sup Sayur ala cina oleh Chef Wong King Hua

Mi Goreng Special Kampung Dato oleh Chef Jenny

Umbut pantu, Pansuh ayam dan Pansuh ikan keli oleh Chef Lela, Chef Bob, Indai Milan dan kawan-kawannya,

Jamuan turut diserikan dengan nyanyian guru dan staf yang hadir. Set karaoke dan PA System ditaja oleh En Yusup merangkap Pn Rahimah. Jamuan bertambah rancak dan tamat pada jam 8.30 malam.
Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Staf 2010 mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha bakti dan penyertaan warga SK Rantau Panjang dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.