SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Saturday, January 21, 2012

program transisi dan guru penyayang 2012

Program transisi tahun 1 dan guru penyayang 2012 diadakan selama 3 minggu sebagai persediaan murid tahun 1 ke alam persekolahan. Program diadakan pada 4 Januari hingga 20 Januari 2012 .  Program tersebut telah mencapai sasaran kerana ramai murid seronok ke sekolah setiap hari.

Program diakhiri dengan majlis  penutupan program transisi pada 20 Januari 2012. Kehadiran ibu bapa dalam majlis tersebut menunjukkan komitmen dan sokongan ibu bapa terhadap usaha guru SK Rantau Panjang, Sibu.








En Ambau ak Lawieh mengharapkan sokongan ibu bapa di samping usaha guru-guru di sekolah dapat memperkasakan murid dan menyiapkan mereka dalam KSSR.  Dalam Saringan 1 yang akan diadakan pada bulan Mac nanti, murid akan  dikelaskan kepada kelompok perdana, Linus dan Linus tegar berdasarkan keputusan mereka.

Friday, January 20, 2012

Selamat datang 2012 . Sekalung budi

Walau sudah beberapa minggu di tahun 2012. Masih belum terlewat mengucapkan selamat tahun baru 2012 dan selamat datang kepada guru baru SK Rantau Panjang, Sibu. En Ambau ak Lawieh (Guru Besar) dan Pn Evelyn Kong Siew Li (guru BI). Pn Katherine pula  telah ditempatkan semula di sekolah lain . Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya dalam karier masing-masing.

Tidak dilupakan kepada bekas Guru Besar SK Rantau Panjang, Sibu En So Kian Boon yang telah berpindah ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Sibu. Seluruh warga sekolah turut mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.