SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Wednesday, April 25, 2012

English Solo Singing Competition

RANTAU PANJANG- Pada 25 April telah berlangsungnya aktiviti English Solo Singing Competition. Setiap kelas menghantar 3 wakil untuk menyanyikan lagu-lagu KBSR/KSSR dalam Bahasa Inggeris. Pertandingan diadakan seawal pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Ucapan Guru Besar

Pelbagai ragam dan gelagat ditunjukkan oleh para peserta. En Ambau anak Lawieh selalu Guru Besar merangkap Ketua Panel Hakim memuji usaha Panitia Bahasa Inggeris mengelola pertandingan seperti ini. Selain daripada mencungkil bakat, pertandingan nyanyian ini juga memperkukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat memupuk semangat ingin mencuba dan berani tampil di khalayak ramai.

Sebagai penutup pertandingan, En John ak Ugong wakil panel hakim, merangkap PK HEM   menyampaikan komen kepada para peserta. Walaupun sebutan dan gaya persembahan para peserta kurang memuaskan namun diharap pada tahun hadapan ada peningkatan.


 Beliau juga menyeru supaya murid yang lain cuba mengambil bahagian dalam aktiviti. Ini kerana kebanyakkan murid yang sama sahaja yang menyertai pertandingan setiap tahun.

Syabas Panitia Bahasa Inggeris!

Thursday, April 19, 2012

Perpustakaan Bergerak 19/4/2012

Bersabar menunggu giliran

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, baca biar pandai, buku pelbagai ilmu

Macam-macam gaya

Pustakawan

Guru pun boleh menggunakan pepustakaan bergerak

Pilih mana yang berkenan Bobby....



Nazir berkampung

RANTAU PANJANG, 16 April- Sepasukan jemaah nazir sekolah telah berkampung selama sehari di SK Rantau Panjang, Sibu. Mereka merupakan jemaah nazir dari cawangan Sibu, Miri, dan Kuching. Penaziran adalah khusus kepada program LINUS yang dilaksanakan bagi murid Tahun 1-3  2012.

Dapatan daripada pihak nazir sekolah akan digunakan untuk penambahbaikan program LINUS yang sedia ada.

Wednesday, April 18, 2012

Program Kem Motivasi UPSR Tahun 6 / 2012




RANTAU PANJANG- Pada 13 hingga 15 April, murid Tahun 6 SK Rantau Panjang , Sibu telah menyertai Program Motivasi UPSR Tahun 6 / 2012. Tema kem ialah Kami Boleh Berubah.

Seramai 37 murid telah menamatkan kem tersebut dengan jayanya. Sepanjang kem tersebut, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah Ceramah motivasi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Burung Hantu, Sesi Malam Penghayatan, Sukan, Masakan 1 Malaysia dan Senaman.

Pendaftaran kem bermula seawal 9.00 pagi pada 13 April. Peserta telah dibekalkan fail, teg nama dan barang amanah. 
    
Semua warga sekolah terlibat secara langsung dalam kem tersebut. Lebih-lebih lagi Guru Besar sekolah, En Ambau anak Lawieh turun padang untuk bersama-sama murid dan staf semasa menjalankan aktiviti. Kem juga diserikan dengan kehadiran En Lim Swee Tiong  seorang guru dari SK Tg Bekakap. juga merupakan bekas guru SK Rantau Panjang.

Walaupun kepenatan, murid-murid tetap memberikan sambutan yang positif dalam kem tersebut. Kem berakhir dengan majlis penutuapan pada 15 April  2012. Adalah diharapkan bahawa program seperti ini akan mendapat kerjasama dan komitmen yang sama daripada warga sekolah pada masa akan datang.


Miaw,miaw....( mana kawan aku ni?)

Tengah hari buta jadi si buta

Wof,wof, wof,wof (apalah kau ni Sangan, asyik lari je dari kumpulan)

hahahha tau takut

Bersedia untuk makan

Penerangan Madam Chef N untuk sesi Masakan 1 Malaysia

Antara bahan yang digunakan.





Uchak sedang rajin mencuci peralatan.

Antara bahan masakan pansuh.. termasuk yang dipancing belakang sekolah.

Wah.. dah pandai jaga pansuh di sekolah.. nanti boleh la buat kat rumah.

AJK barbeque tetap dan berpencen.

Si buta memimpin si buta. Mana yang dipimpin nya itu?

Dah sampai ke lokasi rahsia.

Sesi kerohanian/ refleksi diri  bagi murid moral.


Setiausaha program yang berdedikasi.

Friday, April 6, 2012

kenangan sepanjang tahun 2011 (8)

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011
Senyuman orang bujang dan tak berapa nak bujang.
Murid-murid dan ibu bapa menjamu selera.

Makan banyak-banyak biar cepat beso (dengan loghat Melake)






Mintak duit raya pakcik. Jangan buat buat lupa.

Monday, April 2, 2012

Pergigian 2012

RANTAU PANJANG , SIBU-Pada 26 Mac 2012, Unit Pergigian Bergerak ,Sibu menjalankan pemeriksaan pergigian di SK Rantau Panjang,Sibu. Pasukan jururawat pergigian turut menjalankan ceramah pergigian untuk semua murid di makmal komputer. Dua sesi demonstrasi dan praktikal memberus gigi turut diadakan pada 29 Mac dan 2 April di tapak perhimpunan sekolah. Jagalah kesihatan gigi.

Gigi sihat senyuman menawan.