SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Friday, July 13, 2012

Sukaneka 2012

 Pada 24 Mei yang lalu,Unit Sukan Kokurikulum Sekolah SK Rantau Panjang , Sibu menganjurkan Temasya Sukaneka 2012  . 

 Pelbagai acara dilaksanakan dengan meriah. Antara aktiviti ialah senamrobik, Bola Tampar Bersyarat (Ubahsuai), Sofbol atasTee (Ubahsuai), Pijak Belon, Boling Mustahil, Pertandingan “Nyam-Nyam” (Makan Roti),  Tiup TepungPerang Bom Air. Murid -murid menyertai aktiviti dengan penuh semangat


. Tidak kurang juga para guru yang  mempamerkan gaya tersendiri bersukan. Penutup aktiviti sukaneka ialah Perang Bom Air yang menyimpan seribu satu kenangan. 



Wednesday, July 11, 2012

Karnival Bahasa Malaysia 2012


 Karnival Bahasa Malaysia 2012 dianjurkan oleh Kelab Persatuan Bahasa Malaysia dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia SK Rantau Panjang, Sibu. Karnival Karnival Bahasa Malaysia 2012 diadakan mulai 11 Jun hingga 2 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya persembahan murid Bintang LINUS, Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas, Pertandingan Mencantum Suku Kata peringkat Pra Sekolah,Pertandingan Bercerita Spontan dan Pertandingan Info-hunt. 
Perasmian karnival dilsempurnakan oleh Guru Besar , Encik Ambau anak Lawieh.
Murid Tahun Dua menyerikan majlis perasmian dengan nyanyian lagu Melintas Jalan (lagu PKJR) dan Adikku Sayang.

Amanda (Murid LINUS Tahun 1 membaca cerita daripada buku besar)

 Murid menjalani Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas.

Antara objektif pertandingan ialah melatih murid menulis dengan cantik dan kemas di samping mempelajari kemahiran berbahasa.

Pertandingan Bercerita Spontan disertai oleh murid Tahap 1 dan Tahap 2. Bukan mudah untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan bercerita secara spontan . Syabas diucapkan kepada para peserta yang berani bertanding. 



Tuesday, July 10, 2012

Anti Dadah 2012-Karnival Sains 2012

Sempena Karnival Sains 2012, Kelab Persatuan Akademik  Sains dan Panitia Sains 2012 telah menganjurkan pameran dan ceramah Anti Dadah. Pameran Narkotik dari Unit Narkotik , Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Sibu pada 23 Mei 2012 . Mereka telah mengadakan pameran jenis dadah dan alatan yang digunakan oleh penagih dadah. Pameran tersebut telah diadakan di makmal komputer sekolah.

Selain daripada pameran, petugas telah  berbesar hari mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid tahap 2 . Pelbagai reaksi positif telah ditunjukkan murid-murid.

Bersedia
Melihat bahan pameran

Owhh macam tu ke??

Menarik minat

Saya hendak bertanya satu soalan.

Apakah kaitan antara rokok dan dadah?

Anut cuba juga untuk menjawab


Guru Besar, En Ambau anak Lawieh berbesar hati dan sudi menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah kepada petugas Jabatan Siasatan Jenayah Sibu. Adalah diharapkan kerjasama seumpama ini dapat diijalinkan pada masa akan datang.

Selain daripada aktiviti ceramah dan pameran, Pertandingan Mewarna Anti Dadah  turut disertai oleh semua murid tahap 1 dan prasekolah.
Comelnya murid Tahun 1

Jelingan manja

Warna jangan tak warna

Ketua Panitia Sains

Mesra Guru Besar Prasekolah ni dengan bekas anak muridnya.

Monday, July 9, 2012

Selamat Hari Guru

Pada 22 Mei 2012, Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah diadakan. 
Walaupun Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun tetapi memandangkan tarikh tersebut merupakan minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun maka sambutan telah ditangguhkan. 
Sambutan Hari Guru 2012 tetap meriah. Guru dan murid bertungkus lumus menyediakan persiapan bagi sambutan.  Ramai murid berada di gelanggang serbaguna seawal 6.30 pagi. Para guru pula menyelaras bidang masing-masing. 




Sesi dimulakan dengan nyanyian Negaraku. Majlis dipengerusikan oleh Gloria ak  Bawin dan Amirul b Abdullah (murid tahun 6).

 Bacaan doa disampaikan oleh Mohamad Shahrulnizam b Safuani dengan bimbingan Ustaz Abd Rahim Abdul Ghani. 
Sambutan diteruskan dengan lafaz ikrar Hari Guru yang dipimpin Cikgu Shahril Ridzuan b Shohodin.
Seterusnya merupakan ucapan alu-aluan daripada wakil murid, Mohamad Faridwan b Yaman selaku Ketua Pengawas 2012.  Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan dari PK1 dan PK HEM. 

Guru Besar pula menyampaikan ucapan Hari Guru.
Nyanyian Hari Guru oleh barisan guru , Lagu Hari Guru 2012,Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang

Seterusnya ialah upacara perasmian dan memotong kek.


Murid Tahun 4 mempersembahkan Joget Mak Lodeh.
Murid Tahun 5 menpersembahkan Dangdut Poco Poco.






Yang Menarik... Ayam Panggang
Jamuan untuk murid

Jamuan santai.

Mesti ada pencuci mulut


Ucapan Pengerusi Sambutan Hari Guru 2012