SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Friday, September 28, 2012

merdeka raya

RANTAU PANJANG- Pada 19 September, sekolah mengadakan sambutan Merdeka -raya. Walaupun Syawal dan Hari Malaysia telah berlalu, namun semangat patriotisme warga sekolah masih terasa. Majlis dimulakan dengan nyanyian patriotik dan bacaan perutusan. Acara yang paling menarik ialah perarakan warga sekolah, ketua kaum dan tuai rumah berdekatan sekolah. Majlis juga diserikan dengan pertandingan karaoke lagu raya antara murid-murid. Tahniah kepada adik Andrew Gani (tahap 2) dan Steward Langgan (tahap 1) yang menjuarai pertandingan karaoke.




Program Panitia Pendiidkan Islam

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengelolakan pelbagai program. Bagi menyemarakkan bulan Ramadhan, aktiviti seperti berikut

1. Majlis Tadarrus ( Guru , Staf dan Murid )
Setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis ( Murid )
Setiap hari Jumaat ( Guru, Staf dan Murid )


2. Majlis Ifthor Jamaie ( Guru, Staf, Ibubapa dan Murid )
Pada : 20 Ramadhan 1433 bersamaan 9 Ogos 2012

3. Pertandingan Mewarna, Menulis Khat dan Kuiz Agama ( Semua Murid )

4. Smart Solat ( Semua Murid )  Setiap hari Selasa
 
Majlis Ifthor Jamaie telah disokong dengan kehadiran guru-guru,ibu bapa dan, murid Majlis dimulakan dengan berbuka puasa (kurma dan air) diikuti dengan solat maghrib Jamuan berat diadakan selepas solat. Terima kasih atas sumbangan kuih muih para ibu bapa.  
Selesai sahaja jamuan, solat isya  dan tarawikh diadakan. Alhamdulilah semua aktivit berjalan lancar. Pihak sekolah berharap kerjasama yang padu daripada semua masih dikekalkan pada masa akan datang. 

Hari permuafakatan Tahun 6

Hari permuafakatan diadakan bersama-sama ibu bapa dan guru 23 JUN 2012
Fokus pada hari permuafakatan ialah prestasi murid Tahun 6 2012. Guru Besar, PK 1, PK HEM dan PK KK menyampaikan amanat  sebelum UPSR. Setiap guru yang terlibat seara langsung mengajar Tahun 6  turut membincangkan masalah murid dan pembelajaran mereka