Karnival Bahasa Malaysia 2012 dianjurkan oleh Kelab Persatuan Bahasa Malaysia dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia SK Rantau Panjang, Sibu. Karnival Karnival Bahasa Malaysia 2012 diadakan mulai 11 Jun hingga 2 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya persembahan murid Bintang LINUS, Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas, Pertandingan Mencantum Suku Kata peringkat Pra Sekolah,Pertandingan Bercerita Spontan dan Pertandingan Info-hunt.
Perasmian karnival dilsempurnakan oleh Guru Besar , Encik Ambau anak Lawieh.
Murid Tahun Dua menyerikan majlis perasmian dengan nyanyian lagu Melintas Jalan (lagu PKJR) dan Adikku Sayang.
Amanda (Murid LINUS Tahun 1 membaca cerita daripada buku besar)
Antara objektif pertandingan ialah melatih murid menulis dengan cantik dan kemas di samping mempelajari kemahiran berbahasa.
Pertandingan Bercerita Spontan disertai oleh murid Tahap 1 dan Tahap 2. Bukan mudah untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan bercerita secara spontan . Syabas diucapkan kepada para peserta yang berani bertanding.
No comments:
Post a Comment