SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Friday, January 17, 2014

2014

Makluman
mulai 2014 , semua kemasikini dan hebahan skrp sibu blogspot.com akan diteruskan dalam VLE dashboard 1bestari.net
bahan dan gambar dalam skrpsibu.blogspot boleh dilihat oleh mana-mana pengunjung
sekian terima kasih.

Starts on 2014,all updates and notices of  skrp sibu blogspot will be continue in VLE dashboard 1bestari.net.
All item and pictures in the blog can view by any visitors.
thank you

-ADMIN-

Saturday, May 18, 2013

Kursus Pengurusan Kepimpinan KK 2013

Pada 5-6  April 2013, Unit Kokurikulum SK Rantau Panjang, Sibu menganjurkan Kursus Pengurusan Kokurikulum 2013. Kursus seumpama ini ada kali kedua adakan di sekolah. Antara objektif kursus ialah memberikan pendedahan asas pengurusan untuk AJK tertinggi murid dalam unit kokurikulum.

Sabrina_Reduan's KURSUS KK album on Photobucket

Saturday, March 9, 2013

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 2 November 2012. Majlis ini julung kali diadakan di SK Rantau Panjang, Sibu. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa murid Sk Rantau Panjang yang telah mencurahkan kesungguhan dalam menjayakan majlis ini . Semoga kerjasama dengan staf skolah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.








Friday, September 28, 2012

merdeka raya

RANTAU PANJANG- Pada 19 September, sekolah mengadakan sambutan Merdeka -raya. Walaupun Syawal dan Hari Malaysia telah berlalu, namun semangat patriotisme warga sekolah masih terasa. Majlis dimulakan dengan nyanyian patriotik dan bacaan perutusan. Acara yang paling menarik ialah perarakan warga sekolah, ketua kaum dan tuai rumah berdekatan sekolah. Majlis juga diserikan dengan pertandingan karaoke lagu raya antara murid-murid. Tahniah kepada adik Andrew Gani (tahap 2) dan Steward Langgan (tahap 1) yang menjuarai pertandingan karaoke.




Program Panitia Pendiidkan Islam

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengelolakan pelbagai program. Bagi menyemarakkan bulan Ramadhan, aktiviti seperti berikut

1. Majlis Tadarrus ( Guru , Staf dan Murid )
Setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis ( Murid )
Setiap hari Jumaat ( Guru, Staf dan Murid )


2. Majlis Ifthor Jamaie ( Guru, Staf, Ibubapa dan Murid )
Pada : 20 Ramadhan 1433 bersamaan 9 Ogos 2012

3. Pertandingan Mewarna, Menulis Khat dan Kuiz Agama ( Semua Murid )

4. Smart Solat ( Semua Murid )  Setiap hari Selasa
 
Majlis Ifthor Jamaie telah disokong dengan kehadiran guru-guru,ibu bapa dan, murid Majlis dimulakan dengan berbuka puasa (kurma dan air) diikuti dengan solat maghrib Jamuan berat diadakan selepas solat. Terima kasih atas sumbangan kuih muih para ibu bapa.  
Selesai sahaja jamuan, solat isya  dan tarawikh diadakan. Alhamdulilah semua aktivit berjalan lancar. Pihak sekolah berharap kerjasama yang padu daripada semua masih dikekalkan pada masa akan datang. 

Hari permuafakatan Tahun 6

Hari permuafakatan diadakan bersama-sama ibu bapa dan guru 23 JUN 2012
Fokus pada hari permuafakatan ialah prestasi murid Tahun 6 2012. Guru Besar, PK 1, PK HEM dan PK KK menyampaikan amanat  sebelum UPSR. Setiap guru yang terlibat seara langsung mengajar Tahun 6  turut membincangkan masalah murid dan pembelajaran mereka

Friday, August 10, 2012

Angin kencang

22 Jun 2012- Kira-kira 5.30 petang , angin kencang dan hujan lebat melanda Rantau Panjang, Sibu.
Kejadian yang dasyat itu telah merebangkan beberapa atap bangunan sekolah dan rumah. Beberapa pokok besar telah tumbang. Bilik BOSS  sekolah rosak teruk. Banyak buku teks dan aktiviti murid rosak teruk. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=464983886862615&set=a.464979630196374.119305.100000530236617&type=3&theater