SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Tuesday, December 27, 2011

kenangan sepanjang tahun 2011 (5)

 Aktiviti kelab  bola jaring Pn Ling Sien Hua
 Opss.. terlepas pulak bola.
 Menunggu giliran menyangga bola tampar.
 Aik.. mana bola??
 Bola jaring skuad Pn Wong King Hua
Oh tidakkkkk....

 Perasmian larian 1 Malaysia
Sedia Mula...
 Susanana Jessy . Bercerita BM Tahap 1
Syarafana Bercerita BM tahap 2
 Hari permuafakatan. Ibu bapa di samping anak-anak.
 Barisan guru.
 Mendengar ucapan dari pengurusan sekolah
Semurni hari..

Kenangan sepanjang tahun 2011 (4)

Sukan Darat di Tanjung Penasu, Sibu

sesi latihan di Rt Panjang, Sibu
 Semua khusyuk mendengar ucapan pk KK dan Ketua Jurulatih
 Siapa lari lagi laju sebelum wisel habis ditiup  saya bagi  20sen.
 Sesi memunggah peluru yang dilontar.
 Sesi menguatkan stamina dan tangan.
 Sesi memanaskan badan atau memanaskan  kaki??

 Walau hari hujan latihan tetap dijalankan.

Sukan Darat berlangsung... di Tg Penasu, Sibu 
 

kenangan sepanjang tahun 2011 (3)

Teknik bercerita
 PJK KSSR

Muzik dalam KSSR
 Photoshop
 LDP di hujung minggu

 Ada jugak ilmu yang baru..


Monday, December 26, 2011

Kenangan sepanjang tahun 2011 (2)

Lawatan klinik pergigian bergerak .
 Ceramah pergigian di makmal komputer sekolah
 'Induk misi' menerangkan kepentingan gigi susu kepada murid.
 Murid-murid , inilah cara memberus gigi dengan betul.
 Gigi sihat, senyuman menawan..
 Gelagat murid prasekolah memberus gigi..
Kiri... kiba.. wai
 Port klinik .. bilik agama

Kenangan sepanjang tahun 2011

Transisi 2011


 Tengah khusyuk dengar  amanat dari cikgu...


Senaman ringan waktu hujan.....


 Ucapan guru kelas tahun 1 -2011 yang sangat dedikasi .. Cikgu Lim Swee Tiong
 Ucapan daripada Guru Besar Cikgu So Kian Boon
Teknologi + ilmu = pembangunan

 Persembahan lagu.. 'peng yu' dalam bahasa Mandrin dipimpin oleh Cikgu Ling Sien Hua
Seronok berposing dan dapat hadiah...

Monday, December 19, 2011

SBPA

Kepada rakan guru dan staf yang  membuat pilihan opsyen dan penerimaan / penolakan skim.. sila tukar/buat pilihan dan isi. Hantar dokumen yang bercetak selewat-lewatnya selasa 26/12/2011.

Monday, September 26, 2011

belasungkawa Pn Jenny E

Seluruh warga SKRP Sibu mengucapkan takziah atas pemergian guru yang dikasihi ... Pn Jenny E. pada 21 September 2011
Kesungguhan , kemesraan dan kegigihan dalam mendidik anak bangsa sungguh memberi kesan dan dirasai oleh setiap anak didiknya...
Pn Jenny tiada gantinya..

Monday, May 30, 2011

Bulan Sains

LAPORAN BULAN SAINS 2011 SK RANTAU PANJANG, SIBU

Bulan Sains 2011 SK Rantau Panjang, Sibu diadakan sepanjang bulan April 2011. Bulan Sains merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains.

Perasmian Bulan Sains disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Ishammuudin Ab Hadi selaku wakil Guru Besar pada 11 April 2011 .

Sepanjang bulan Sains, pelbagai aktiviti diadakan . Antaranya kuiz sains, infohunt sempena pameran sains, pertandingan hoopster, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan program kenali alam haiwan.










Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah Infohunt. Infohunt sempena pameran Sains. Infohunt terbahagi kepada tahap 1 dan tahap 2. Soalan –soalan diterbitkan dari rencana menggalakkan murid membaca rencana yang dipamerkan untuk mendapat jawapan.

Kuiz Sains diadakan pada hari Jumaat 15 April . Semua murid dan guru berpeluang menyertai kuiz tersebut. Selain daripada menguji pengetahuan am , kuiz tersebut turut mengasah pengetahuan asas sains dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.

Pameran kesihatan merupakan program jemputan dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu.Pelbagai risalah dan poster kesihatan dipamerkan. Penyertaan murid-murid adalah sangat menggalakkan.

Pada 19 April 2011, Pertandingan Hoopster merupakan pertandingan julung kali dianjurkan Panitia Sains. Pertandingan terbuka kepada 2 kategori iaitu kategori murid dan kategori staf/guru.

Pertandingan mewarna pula diadakan untuk murid prasekolah hingga tahun 2.

Program kenali alam haiwan diadakan bagi menarik minat murid terhadap sains. Pelbagai jenis haiwan peliharaan seperti ikan,kucing, kura-kura, anak ayam dan katak dibawa untuk ke sekolah oleh murid-murid sendiri

.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan Bulan Sains diadakan pada 9 Mei 2011 . Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, PK 1 dan PK HEM. Adalah diharapkan warga sekolah dapat sama-sama menjayakan program anjuran Panitia Sains pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh

Sabrina Reduan

Ketua Panitia Sains SK Rantau Panjang, Sibu