SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Friday, October 8, 2010

Ramah Tamah Aidilfitri SKRP 2010



Pada 7 Oktober 2010, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral menganjurkan Ramah Tamah Aidilfitri bagi SK Rantau Panjang, Sibu. Majlis disertai hampir 150 orang yang terdiri daripada ibu-bapa, murid-murid, guru serta staf sekolah. Antara jemputan yang hadir ialah keluarga YDP PIBG dan NYDP PIBG sekolah.

Antara objektif majlis ialah melahirkan individu yang peka dengan perayaan di Malaysia di samping memupuk semangat ukhuwah di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dan diikuti bacaan doa oleh Adik Mohd Afdal bin Faisal.


Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi sambutan , En Ishammuudin Abd Hadi. Dalam ucapannya, beliau menyeru murid dan masyarakat setempat yang telah memberikan kerjasama kepada warga sekolah dalam apajua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini dapat mengeratkan hubungan di samping mewujudkan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Rantau , Panjang En So Kian Boon.

Seterusnya jemputan dan tetamu majlis menikmati jamuan ramah tamah. Pelbagai juadah disediakan antaranya Nasi Beryani Gam, ketupat pulut, kari ayam, acar timun,ikan bawal asam pedas, ikan bawal masak kicap, kuah sate berdaging dan pelbagai kuih muih sumbangan ibu bapa serta individu perseorangan.



Majlis dirancakkan dengan pertandingan karaoke murid dan guru. Sambutan yang menggalakkan mendapat tepukan hangat daripada penonton.

Pertandingan dimenangi oleh Nurfarahin dan Roslind dari Rumah Rentap (kategori murid)
Naib johan disandang oleh adik Mohd Iskandar dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Nurul Nor Azizan.

Manakala kategori guru/staf dimenangi oleh En Darmadi dari Rumah Sharif Masahor.
Tempat kedua dimenangi oleh En Salang Bana dari Rumah Linggir dan Tempat ketiga dimenangi oleh Pn Gloria dari Rumah Rentap

Majlis tamat pada kira-kira 5 petang. Pihak penganjur mengucapkan sekalung penghargaan di atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.