SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Monday, August 30, 2010

Menjelang 31 Ogos

Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Menjelang 31 Ogos pelbagai aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam SKRP. Hari ini berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK Rantau Panjang, Sibu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya Guru Besar SKRP menyampaikan ucapan dan merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Upacara nyanyian lagu patriotik Tanggal 31, Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dinyanyikan dengan penuh bersemangat.


Para tetamu jemputan YDP PIBG , En Yaman dan NYDP PIBG , En Wan Sarbini turut sama menyertai sambutan . Laungan 7 kali Merdeka ! dipimpin oleh PK 1 En Ishammuudin membakar semangat patriotik di kalangan warga sekolah.

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Untuk guru-guru, diadakan pertandingan menganyam ketupat daripada riben. Ramai guru turut mengasah bakat dan menyerlahkan potensi penganyam ketupat yang handal.

Antara aktivit lain ialah projek bekas alatulis 1 Malaysia dan Topi Merdeka (kep).
Murid-murid begitu teruja menyapkan hasil kerja tangan mereka. Guru-guru menyelia aktiviti murid supaya mereka sentiasa menjaga keselamatan diri ketika menggunakan gunting dan alat tulis yang lain.

Monday, August 23, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan

...... Salam 1 Malaysia......

Pada 18 Ogos yang lalu, SKRP telah mengadakan majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah anjuran Panitia Moral dan Pendidikan Islam.



Sehubungan itu, upacara pelepasan bendera dan penyerahan Jalur Gemilang diadakan sebagai tanda menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan warga sekolah.



Penyerahan Bendera disempurnakan oleh Pn Norlida Bujang ,Penolong Kanan Ko-Kurikulum kepada En So Kian Boon,Guru Besar SKRP.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah pertandingan menghias kelas dengan tema kemerdekaan. Beberapa aktiviti turut dirangka bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010.

Warga sekolah 2010

SK Rantau Panjang, Sibu



Dari kiri
Berdiri
Pn Jenny, Pn Lela, Pn Wong King Hua, Pn Connie, Pn Gloria, En Standley, En ROsmizan, En Lim Swee TIong, En Mohammad, En Lim Fung Khoon, Em Salang, En Abd Rahim, En Mohd Adha, En Darmadi

Duduk
Pn Norenawati, Pn Idawati, Pn Rahimah,En Ishammuudin, En So Kian Boon, En John, Pn Norlida, Pn Sabrina, Pn Wong Bak Hung