SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Monday, August 30, 2010

Menjelang 31 Ogos

Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Menjelang 31 Ogos pelbagai aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam SKRP. Hari ini berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK Rantau Panjang, Sibu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya Guru Besar SKRP menyampaikan ucapan dan merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Upacara nyanyian lagu patriotik Tanggal 31, Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dinyanyikan dengan penuh bersemangat.


Para tetamu jemputan YDP PIBG , En Yaman dan NYDP PIBG , En Wan Sarbini turut sama menyertai sambutan . Laungan 7 kali Merdeka ! dipimpin oleh PK 1 En Ishammuudin membakar semangat patriotik di kalangan warga sekolah.

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Untuk guru-guru, diadakan pertandingan menganyam ketupat daripada riben. Ramai guru turut mengasah bakat dan menyerlahkan potensi penganyam ketupat yang handal.

Antara aktivit lain ialah projek bekas alatulis 1 Malaysia dan Topi Merdeka (kep).
Murid-murid begitu teruja menyapkan hasil kerja tangan mereka. Guru-guru menyelia aktiviti murid supaya mereka sentiasa menjaga keselamatan diri ketika menggunakan gunting dan alat tulis yang lain.

No comments:

Post a Comment