SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Monday, May 30, 2011

Bulan Sains

LAPORAN BULAN SAINS 2011 SK RANTAU PANJANG, SIBU

Bulan Sains 2011 SK Rantau Panjang, Sibu diadakan sepanjang bulan April 2011. Bulan Sains merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains.

Perasmian Bulan Sains disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Ishammuudin Ab Hadi selaku wakil Guru Besar pada 11 April 2011 .

Sepanjang bulan Sains, pelbagai aktiviti diadakan . Antaranya kuiz sains, infohunt sempena pameran sains, pertandingan hoopster, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan program kenali alam haiwan.










Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah Infohunt. Infohunt sempena pameran Sains. Infohunt terbahagi kepada tahap 1 dan tahap 2. Soalan –soalan diterbitkan dari rencana menggalakkan murid membaca rencana yang dipamerkan untuk mendapat jawapan.

Kuiz Sains diadakan pada hari Jumaat 15 April . Semua murid dan guru berpeluang menyertai kuiz tersebut. Selain daripada menguji pengetahuan am , kuiz tersebut turut mengasah pengetahuan asas sains dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.

Pameran kesihatan merupakan program jemputan dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu.Pelbagai risalah dan poster kesihatan dipamerkan. Penyertaan murid-murid adalah sangat menggalakkan.

Pada 19 April 2011, Pertandingan Hoopster merupakan pertandingan julung kali dianjurkan Panitia Sains. Pertandingan terbuka kepada 2 kategori iaitu kategori murid dan kategori staf/guru.

Pertandingan mewarna pula diadakan untuk murid prasekolah hingga tahun 2.

Program kenali alam haiwan diadakan bagi menarik minat murid terhadap sains. Pelbagai jenis haiwan peliharaan seperti ikan,kucing, kura-kura, anak ayam dan katak dibawa untuk ke sekolah oleh murid-murid sendiri

.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan Bulan Sains diadakan pada 9 Mei 2011 . Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, PK 1 dan PK HEM. Adalah diharapkan warga sekolah dapat sama-sama menjayakan program anjuran Panitia Sains pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh

Sabrina Reduan

Ketua Panitia Sains SK Rantau Panjang, Sibu

No comments:

Post a Comment