SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Wednesday, April 25, 2012

English Solo Singing Competition

RANTAU PANJANG- Pada 25 April telah berlangsungnya aktiviti English Solo Singing Competition. Setiap kelas menghantar 3 wakil untuk menyanyikan lagu-lagu KBSR/KSSR dalam Bahasa Inggeris. Pertandingan diadakan seawal pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Ucapan Guru Besar

Pelbagai ragam dan gelagat ditunjukkan oleh para peserta. En Ambau anak Lawieh selalu Guru Besar merangkap Ketua Panel Hakim memuji usaha Panitia Bahasa Inggeris mengelola pertandingan seperti ini. Selain daripada mencungkil bakat, pertandingan nyanyian ini juga memperkukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat memupuk semangat ingin mencuba dan berani tampil di khalayak ramai.

Sebagai penutup pertandingan, En John ak Ugong wakil panel hakim, merangkap PK HEM   menyampaikan komen kepada para peserta. Walaupun sebutan dan gaya persembahan para peserta kurang memuaskan namun diharap pada tahun hadapan ada peningkatan.


 Beliau juga menyeru supaya murid yang lain cuba mengambil bahagian dalam aktiviti. Ini kerana kebanyakkan murid yang sama sahaja yang menyertai pertandingan setiap tahun.

Syabas Panitia Bahasa Inggeris!

No comments:

Post a Comment