SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Wednesday, April 18, 2012

Program Kem Motivasi UPSR Tahun 6 / 2012




RANTAU PANJANG- Pada 13 hingga 15 April, murid Tahun 6 SK Rantau Panjang , Sibu telah menyertai Program Motivasi UPSR Tahun 6 / 2012. Tema kem ialah Kami Boleh Berubah.

Seramai 37 murid telah menamatkan kem tersebut dengan jayanya. Sepanjang kem tersebut, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah Ceramah motivasi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Burung Hantu, Sesi Malam Penghayatan, Sukan, Masakan 1 Malaysia dan Senaman.

Pendaftaran kem bermula seawal 9.00 pagi pada 13 April. Peserta telah dibekalkan fail, teg nama dan barang amanah. 
    
Semua warga sekolah terlibat secara langsung dalam kem tersebut. Lebih-lebih lagi Guru Besar sekolah, En Ambau anak Lawieh turun padang untuk bersama-sama murid dan staf semasa menjalankan aktiviti. Kem juga diserikan dengan kehadiran En Lim Swee Tiong  seorang guru dari SK Tg Bekakap. juga merupakan bekas guru SK Rantau Panjang.

Walaupun kepenatan, murid-murid tetap memberikan sambutan yang positif dalam kem tersebut. Kem berakhir dengan majlis penutuapan pada 15 April  2012. Adalah diharapkan bahawa program seperti ini akan mendapat kerjasama dan komitmen yang sama daripada warga sekolah pada masa akan datang.


Miaw,miaw....( mana kawan aku ni?)

Tengah hari buta jadi si buta

Wof,wof, wof,wof (apalah kau ni Sangan, asyik lari je dari kumpulan)

hahahha tau takut

Bersedia untuk makan

Penerangan Madam Chef N untuk sesi Masakan 1 Malaysia

Antara bahan yang digunakan.





Uchak sedang rajin mencuci peralatan.

Antara bahan masakan pansuh.. termasuk yang dipancing belakang sekolah.

Wah.. dah pandai jaga pansuh di sekolah.. nanti boleh la buat kat rumah.

AJK barbeque tetap dan berpencen.

Si buta memimpin si buta. Mana yang dipimpin nya itu?

Dah sampai ke lokasi rahsia.

Sesi kerohanian/ refleksi diri  bagi murid moral.


Setiausaha program yang berdedikasi.

No comments:

Post a Comment