SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

Wednesday, July 11, 2012

Karnival Bahasa Malaysia 2012


 Karnival Bahasa Malaysia 2012 dianjurkan oleh Kelab Persatuan Bahasa Malaysia dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia SK Rantau Panjang, Sibu. Karnival Karnival Bahasa Malaysia 2012 diadakan mulai 11 Jun hingga 2 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya persembahan murid Bintang LINUS, Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas, Pertandingan Mencantum Suku Kata peringkat Pra Sekolah,Pertandingan Bercerita Spontan dan Pertandingan Info-hunt. 
Perasmian karnival dilsempurnakan oleh Guru Besar , Encik Ambau anak Lawieh.
Murid Tahun Dua menyerikan majlis perasmian dengan nyanyian lagu Melintas Jalan (lagu PKJR) dan Adikku Sayang.

Amanda (Murid LINUS Tahun 1 membaca cerita daripada buku besar)

 Murid menjalani Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas.

Antara objektif pertandingan ialah melatih murid menulis dengan cantik dan kemas di samping mempelajari kemahiran berbahasa.

Pertandingan Bercerita Spontan disertai oleh murid Tahap 1 dan Tahap 2. Bukan mudah untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan bercerita secara spontan . Syabas diucapkan kepada para peserta yang berani bertanding. 



No comments:

Post a Comment