SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU

    SELAMAT DATAI KA BLOG SK RANTAU PANJANG, SIBU
Showing posts with label murid. Show all posts
Showing posts with label murid. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Karnival Bahasa Malaysia 2012


 Karnival Bahasa Malaysia 2012 dianjurkan oleh Kelab Persatuan Bahasa Malaysia dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia SK Rantau Panjang, Sibu. Karnival Karnival Bahasa Malaysia 2012 diadakan mulai 11 Jun hingga 2 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya persembahan murid Bintang LINUS, Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas, Pertandingan Mencantum Suku Kata peringkat Pra Sekolah,Pertandingan Bercerita Spontan dan Pertandingan Info-hunt. 
Perasmian karnival dilsempurnakan oleh Guru Besar , Encik Ambau anak Lawieh.
Murid Tahun Dua menyerikan majlis perasmian dengan nyanyian lagu Melintas Jalan (lagu PKJR) dan Adikku Sayang.

Amanda (Murid LINUS Tahun 1 membaca cerita daripada buku besar)

 Murid menjalani Pertandingan Tulisan Cantik dan Kemas.

Antara objektif pertandingan ialah melatih murid menulis dengan cantik dan kemas di samping mempelajari kemahiran berbahasa.

Pertandingan Bercerita Spontan disertai oleh murid Tahap 1 dan Tahap 2. Bukan mudah untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan bercerita secara spontan . Syabas diucapkan kepada para peserta yang berani bertanding. 



Monday, July 9, 2012

Selamat Hari Guru

Pada 22 Mei 2012, Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah diadakan. 
Walaupun Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun tetapi memandangkan tarikh tersebut merupakan minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun maka sambutan telah ditangguhkan. 
Sambutan Hari Guru 2012 tetap meriah. Guru dan murid bertungkus lumus menyediakan persiapan bagi sambutan.  Ramai murid berada di gelanggang serbaguna seawal 6.30 pagi. Para guru pula menyelaras bidang masing-masing. 




Sesi dimulakan dengan nyanyian Negaraku. Majlis dipengerusikan oleh Gloria ak  Bawin dan Amirul b Abdullah (murid tahun 6).

 Bacaan doa disampaikan oleh Mohamad Shahrulnizam b Safuani dengan bimbingan Ustaz Abd Rahim Abdul Ghani. 
Sambutan diteruskan dengan lafaz ikrar Hari Guru yang dipimpin Cikgu Shahril Ridzuan b Shohodin.
Seterusnya merupakan ucapan alu-aluan daripada wakil murid, Mohamad Faridwan b Yaman selaku Ketua Pengawas 2012.  Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan dari PK1 dan PK HEM. 

Guru Besar pula menyampaikan ucapan Hari Guru.
Nyanyian Hari Guru oleh barisan guru , Lagu Hari Guru 2012,Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang

Seterusnya ialah upacara perasmian dan memotong kek.


Murid Tahun 4 mempersembahkan Joget Mak Lodeh.
Murid Tahun 5 menpersembahkan Dangdut Poco Poco.






Yang Menarik... Ayam Panggang
Jamuan untuk murid

Jamuan santai.

Mesti ada pencuci mulut


Ucapan Pengerusi Sambutan Hari Guru 2012